Sukan Hari Ini

Ibrahimovic kembali, PSG terus menang

PARIS: Juara Paris Saint Germain (PSG) naik ke puncak liga untuk kali pertama musim ini selepas kemenangan 3-2 ke atas pasukan pertengahan Metz awal pagi tadi ketika bintang Zlatan Ibrahimovic bermula untuk kali kedua dalam tempoh dua bulan.

Jaringan Javier Pastore dan Ezequiel Lavezzidan gol sendiri Gaetan Bussman memberi kemenangan untuk pasukan pelawat yang kekal tanpa kalah musim ini.

Namun, berita lebih baik ialah kepulangan Ibrahimovic ke barisan utama dan kemampuan beliau menamatkan 90 minit permainan.

Dua penalti Modibo Maiga pada separuh masa kedua meletakkan Metz pada kedudukan sama seketika tetapi ia gagal mengekalkan rentak kebangkitan. – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");