Perak Hari Ini

Kapal Hidrografi TLDM, KD Perantau Hampir Tenggelam

Gambar Hiasan

LUMUT : Sebuah kapal Hidrografi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Perantau hampir tenggelam akibat kebocoran pada kira-kira jam 11.15 malam tadi (18 November).

Kapal tersebut dikatakan sedang menjalani rutin kerja-kerja penyelenggaraan pasang pulih (refit) di Limbungan Boustead Naval Ship Yard Sdn Bhd (BNSSB) di Pangkalan TLDM dekat Lumut bermula pada 10 November 2014 yang lalu.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku.

TLDM dalam kenyataan menyebut, usaha menyelamat kapal tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak BNSSB dengan bantuan pihak TLDM.

“Hampir keseluruhan peralatan mudah alih antaranya motor, pam dan peralatan pengukuran telah dikeluarkan daripada kapal sebelum kejadian tersebut berlaku.

“Satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar yang menyebabkan kejadian itu berlaku,” katanya.

KD Perantau merupakan sebuah kapal hidrografi yang telah dibina di Limbungan Hong Leong-Lursen, Pulau Pinang dan telah ditauliahkan pada 12 Oktober 1998.

Ia kemudiannya diserahkan kepada Limbungan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) bagi tujuan penyelenggaraan dan dijangka siap serta akan diserahkan kembali kepada TLDM pada 10 Ogos tahun hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");