Perak Hari Ini

Kereta Terbabas, Pemandu Tersepit

SLIM RIVER: Seorang pemandu berhadapan detik cemas apabila kakinya tesepit setelah keretanya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di sini petang tadi.

Menurut sumber daripada Balai Bomba dan Penyelamat, kejadian tersebut berlaku dekat Jalan Persekutuan antara Ipoh ke Kuala Lumpur iaitu berhampiran dengan Trolak.

“Pihak penyelamat mendapat panggilan kecemasan sekitar jam 5.45 petang tadi dan bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

IMG-20141121-WA0033

Jelasnya, kereta jenis Honda City berkenaan terbabas sehingga mengakibatkan seorang mangsa tersepit dibahagian kaki.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan segera.

Operasi yang diketuai PB Mohd Rosli Ibrahim selesai sekitar jam 6 petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");