Perak Hari Ini

Muzikal Drama Sempena Cuti Sekolah di LWOT

IPOH : Bersempena dengan cuti sekolah, Taman Tema Lost World of Tambun (LWOT) akan menyajikan pelbagai acara keriangan terutamanya kanak-kanak.

Penolong Pengurus Besar LWOT, Jasmy Othman berkata, sambutan berganda tersebut diraikan bersama Hari Krismas yang tiba pada setiap hujung tahun.

“Para tetamu akan dihiburkan dengan persembahan bakat-bakat si cilik dalam drama muzikal terkenal ‘Frozen’ yang dibawakan oleh Persatuan Seni Persembahan Perak (Perak Society of Performing Art –PSPA),” katanya.

Menurutnya, persembahan yang unik PSPA kali ini adalah drama muzikal bertajuk “A Christmas Miracle’ dan perarakan yang diadakan setiap minggu, malam sebelum Hari Krismas dan pada Hari Krismas bermula jam 4 petang.

lwto

Beliau berkata, persembahan istimewa akan diadakan pada 24 Disember, iaitu malam sebelum Hari Krismas dan pada 25 Disember bermula jam 8 malam.

“Menariknya pada kedua-dua hari berkenaan, dengan membelanjakan RM300, tetamu yang bertuah bakal membawa pulang sebuah motosikal mesra alam, iaitu Modenas Ctric yang ditaja oleh Edaran Modenas Sdn. Bhd,” katanya.

Selain itu katanya pada 12 hingga 14 Disember persembahan animasi 3D , ‘Chi Chi & Cha Cha’ akan dipersembahkan secara langsung dengan watak-watak berkaitan.

Katanya, percutian keluarga di sini dapat dinikmati sama ada pada waktu siang atau malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");