Sukan Hari Ini

Nazirul galas misi Rabok78 Cyclist

Jasin: Pasukan Rabok78 Cyclist dari Kerteh, Terengganu mempertaruhkan pelumba muda Muhammad Nazirul Abd Rahman, 15, untuk menyerlah dalam kategori Terbuka Metro (Jamboree) Junior.

Timbalan Pengerusi Rabok78 Cyclist Zaharim Ibrahim berkata, pasukannya menaruh harapan tinggi terhadap peserta tunggal junior itu kerana keupayaan dimilikinya.

Katanya, pada saingan di Terengganu tahun lalu, dia mendapat kedudukan 10 teratas dan di Perak baru-baru ini, Nazirul mendapat tempat keempat.

“Berbekal rekod cemerlang itu kami meletakkan harapan kepadanya kerana yakin Nazirul mempunyai keupayaan bersaing.

“Ini medan terbaik mencari nama dalam kejohanan besar seperti ini dan kami yakin dia mampu melakukannya,” katanya.

Zaharim berkata, penyertaan di Melaka yang keempat selepas menyertai kejohanan sama di Terengganu pada tahun lalu serta di Kuala Kangsar dan Temerloh, baru-baru ini.

Katanya, mereka kini giat berlatih walaupun terpaksa meredah hujan lebat.

“Walaupun terpaksa berkayuh dalam keadaan basah kami tetap meneruskan latihan membabitkan jarak hingga 45 kilometer bagi jalan raya dan 30 kilometer laluan lasak,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");