Berita Hari Ini

Sultan Perak yakin hakim teruskan aspirasi Sultan Azlan Shah –

PUTRAJAYA 19 Nov. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah melahirkan keyakinan bahawa para hakim yang sedang berkhidmat akan meneruskan aspirasi ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah untuk menegakkan sistem kehakiman yang bebas tanpa dipengaruhi perasaan takut atau memihak.

Sultan Nazrin bertitah, baginda optimis para pegawai kehakiman di bawah pimpinan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan terus mendukung hasrat murni Almarhum selaras dengan sumpah yang mereka meterai ketika dilantik sebagai hakim.

“Kecintaan yang mendalam dalam bidang undang-undang diteruskan walaupun selepas Almarhum sudah bersara sebagai Ketua Hakim Negara dengan memainkan peranan pada persidangan Majlis Raja-Raja,” titah baginda di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian pada prosiding rujukan untuk memperingati Almarhum Sultan Azlan Shah yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara serta dihadiri oleh kaum kerabat baginda.
-utusan-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");