Perak Hari Ini

Pemandu Nyaris Rentung, Kereta Terbakar

TAPAH – Seorang pemandu nyaris rentung apabila keretanya terbakar apabila terlanggar belakang sebuah lori treler.

Menurut sumber Pasukan Bomba dan Penyelamat (PBP), kemalangan berlaku di kilometer 312.4 lebuh Raya PLUS arah utara pada jam 12 tengah malam semalam, di sini.

Kereta jenis Proton Pesona itu terbakar hampir 90 peratus dan mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan bantuan PBP.

xcident3

Sumber memberitahu PerakToday, laporan mengenai kejadian diterima sekitar jam 12 tengah malam dan operasi turut disertai Balai BP Gopeng.

Mangsa yang cedera ringan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi menyelamat yang diketuai oleh PBT Mohd Kadir Awang, selesai sepenuhnya sekitar jam 1 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");