Berita Hari Ini, Perak Hari Ini

UMNO 2014 : Pembukaan Persidangan Bermula Dengan Ucapan Dasar Presiden

KUALA LUMPUR : Pembukaan Perhimpunan rasmi Perhimpunan Agung UMNO 2014 berlangsung dengan acara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan bendera rasmi UMNO yang diadakan di perkarangan bangunan UMNO sebentar tadi.

Perhimpunan juga disusuli dengan Nyanyian lagu Negaraku dan lagu UMNO ‘Bersatu Bersedia Berkhidmat’ sejurus itu.

Perhimpunan ini seperti kebiasaannya dihadiri Presiden UMNO Datuk Seri Najib Abdul Razak bagi memeriksa perbarisan yang terdiri daripada anggota pergerakan Pemuda sebanyak 50 anggota wanita dan 50 anggota puteri UMNO.

Hadir sama turut mengiringi pemeriksaan barisan berkenaan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyidin Yassin.

Turut hadir pada majlis kali ini ialah Pengerusi dan Pengerusi Tetap dan exco serta ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Majlis berkenaan turut disaksikan oleh seluruh perwakilan dari semua bahagian UMNO seluruh negara yang hadir pada perhimpunan kali ini.

Sejurus selepas acara kemuncak persidangan UMNO 2014 akan dimulakan dengan ucapan dasar Presiden UMNO dihadapan 2763 perwakilan sekaligus merasmikan perhimpunan tahunan parti terbesar di negara ini.

Sesi ucapan dasar presiden ini juga dihadiri oleh 85 delegasi dari 19 buah wakil 27 parti masing-masing termasuk delagasi daripada daripada India dan Palestin.

Pada sesi ucapan dasar pagi ini juga Presiden UMNO dijangka menyentuh mengenai sekolah vernacular, isu agama Islam, sosial , perpaduan nasional serta pembangunan ekonomi.

Tahun ini juga memperlihatkan sebanyak 755 usul diterima daripada 191 bahagian UMNO untuk dibahaskan membabitkan 638 usul sebagai rujukan dan 117 usul tanpa bahas.

Perhimpunan Agung UMNO 2014, ini sudah memasuki hari ke 3 persidangan sehingga Sabtu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");