Isu Panas

Perwakilan Wanita UMNO Baling Cadang Wujudkan Akademi Wanita

KUALA LUMPUR : Perwakilan daripada Wanita UMNO Bahagian Baling, Dato Dr. Masitah Ibrahim mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan wanita UMNO apabila memberikan beberapa cadangan dan saranan yang bernas ketika membahaskan usul pendidikan agama dan sosial.

Masitah memberikan beberapa saranan dan cadangan antaranya ialah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) perlu lebih cepat memberikan penjelasan berubung isu-isu yang boleh mengelirukan umat Islam yang begitu kerap berlaku hari ini.

“Sepertimana isu kempen menyentuh anjing baru-baru ini, saya kira penjelasan JAKIM agak lewat dan perkara ini membuatkan rakyat khususnya umat Islam di negara ini dilanda kekeliruan. Justeru itu, saya mohon agar pihak JAKIM mahupun mufti-mufti segera memberikan respon dalam sesuatu isu agar umat ‘Islam di negara ini tidak dibiarkan dalam keadaan yang keliru,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut meminta JAKIM agar memberikan penjelasan kepada rakyat secara menyeluruh berhubung konsep wasatiyah yang dibawa oleh kerajaan memandang ramai di kalangan umat Islam yang masih tidak mengetahui apa makna dan definasi wasatiyah itu sendiri.

UMNO 2014Masitah juga turut mencadangkan agar akademi wanita diwujudkan bagi melengkapkan ilmu dan jati diri dikalangan ahli-ahli wanita UMNO di negara ini.

“Saya kira dengan wujudnya akademi wanita ini, maka kita dapat melatih ahli-ahli wanita UMNO agar menjadi ahli-ahli yang mempunyai jati diri, berilmu dan bukan setakat itu sahaja, malah mampu berhujah dengan baik bagi menangkis serangan tohamahan dari pihak pembangkang,”ujarnya.

Beliau juga turut memberikan cadangan agar UMNO menumpukan perhatian khusus untuk membantu kepada sekolah-sekolah pondok yang ada di negara ini kerana ianya dapat membantu melahirkan lebih ramai cendekiawan dan ulama yang mahir di dalam hal ehwal Islam.

Manakala wakil dari neger Johor, Saadiah Husin yang membahaskan usul ekonomi berkata, GLC perlu lebih serius menambah aset-aset yang sedia ada.

“Selain itu saya minta agar GLC ini menjadi pemain utama dalam industri ekonomi dalam membantu merancakkan ekonomi negara yang dapat membantu usahawan khususnya di kalangan bumiputera yang ada di negara ini.

“Dengan sendirinya GLC akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan pembangunan usahawan bumiputera untuk berjaya di dalam perniagaan yang mereka ceburi. Inilah sebahagian daripada jihad ekonomi yang perlu kita lakukan untuk memastikan usahawan bumiputera mampu bertapak teguh dalam dunia perniagaan di negara ini.” jelasnya.

Manakala perwakilan dari Ketereh, Norhayati Yaacob,yang membahaskan usul politik pula langkah-langkah tegas perlu diambil oleh kerajaan bagi menangani gejala-gejala songsang yang dilihat semakin menjadi-jadi di negara ini.

“Perkara seperti ini perlu dipandang serius oleh kerajaan ditambah pula dengan sokongan yang datang dari pihak tertentu yang seolah-olah menyokong gejala-gejala songsang yang berlaku di negara kita ini,” ujarnya.

-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");