Jenayah

Penjara, denda miliki rokok seludup

Kuantan: Dua peniaga kedai runcit dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki rokok seludup bernilai RM4,872, tahun lalu.

Tertuduh, Tam Sut Kin, 50, didenda RM3,360 dan Tam Bee De, 47, pula RM1,512.

Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali turut memerintahkan Sut Kin dan Bee De dipenjara tiga dan dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Sut Kin didakwa memiliki 210 peket rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM3,360 di No 22/3628, Batu 5, Jalan Gambang, dekat sini, kira-kira jam 10.50 pagi, pada 20 Ogos 2013.

Manakala, Bee De didakwa memiliki 91 peket rokok seludup bernilai RM151.20 di DU-50, Batu 9, di sini, kira-kira jam 11.20 pagi pada 13 Mei 2013.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 135(1), Akta Kastam 1967 dan dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman denda minimum 10 kali ganda nilai rampasan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira latar belakang mereka yang berpendapatan rendah.

Selain itu, mereka perlu menyara keluarga masing-masing selain sudah insaf terhadap kesalahan itu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");