Perak Hari Ini

Tiga Beradik Sakit Kronik, Perlu Bantuan

Oleh : Rosli Mansor Ahmad Razali:-

KLEBANG RESTU – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Nur Athirah Ayu Suhardy,16, yang menderita akibat ketumbuhan menyimpan seribu harapan untuknya kembali ke sekolah selepas pembedahan mengeluarkan ketumbuhan di kepalanya.

Bapanya Suhardy Che Omar,40 serta ibunya Zalifah Mustafa, 37, memberitahu anak pertama dari lima adik beradik itu menjalani pembedahan dibahagian kepala bagi membuang ketumbuhan sebesar lima sentimeter di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 3 October, lalu.

“Kesan dari ketumbuhan itu Athirah mengalami kesakitan pada tulang belakang yang kronik (chronic neuropathic back pain). Sorotan dari itu dia mengalamai sakit kepala yang amat teruk dua bulan sebelum disahkan oleh doktor HRPB bahawa Athirah mengalami ketumbuhan dalam kepala sebelah kiri (left subarachnoid cyst) yang kritikal.

“Selepas pembedahan itu keadaan Athirah beransur baik, dia boleh baring tanpa rasa sakit lagi dibahagian belakang. Namun tangan di sebelah kirinya mengalami masalah tidak dapat digerakkan sepenuhnya”, katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Klebang Restu baru-baru ini.

Paling menyedihkan penderitaan Atirah turut dikongsi oleh dua orang adiknya yang juga mengalami masalah kesihatan yang kronik.

sakit kronik3

Nur Ameera Aisyah Suhardy, 10, anak ketiga dalam keluarga ini mengalami penyakit asma (Bronchial asma) yang serius sejak 2012. Sementara itu anak keempat pula Muhammad Airel Daniel mengalami komplikasi buah pinggang, darah tinggi, saluran jantung dan glaucoma pada mata sebelah kiri. Masalah kesihatan kedua-dua adik beradik ini menyukarkan mereka untuk ke sekolah.

Menurut Suhardy beliau menerima bantuan bulanan dari Majlis Agama Islam Perak (MAIP) sebanyak RM350 sebulan bagi menampung kos perubatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan.

“Rutin saya sekarang membawa anak-anak saya ini ke HBPB untuk mendapatkan rawatan susulan. Saya akan membawa Athirah dua kali seminggu ke HBPB. Bagi Airel pastinya lebih kerap kerana dia mengidapi pelbagai penyakit . Airel juga mendapat rawatan susulan di HBPB dan klinik. Sementara rawatan glaucoma saya membawanya ke Hospital Besar Alor Star, Kedah dengan menaiki bas”, katanya.

Suhardy merupakan bekas anggota keselamatan dan pernah bekerja di bank sebagai pengawal keselamatan. Namun dia diberhentikan kerana tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pekerjaan.

“Saya terpaksa melupakan perkerjaan kerana masa saya banyak dihabiskan untuk menguruskan anak-anak saya yang sakit. Saya bernasib baik isteri saya masih bekerja di sebuah kilang berdekat bagi menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

Kepada sesiapa yang ingin meringankan lagi bebanan keluarga ini bolehlah menghulurkan sumbangan iklas ke akaun Bank Simpanan Nasional 08100-41-00011038-4, Suhardy Che Omar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");