Perak Hari Ini

Polis Buru Empat Suspek Samun Kedai Emas Di Sungai Siput

SUNGAI SIPUT: Empat lelaki berjaya melarikan barang kemas dalam satu kejadian samun di sebuah kedai emas dekat sini, pagi semalam.

Kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu, di dalangi empat suspek yang memakai topi keledar, menggunakan besi serta tukul bagi memecahkan bekas kaca yang mengandungi barang kemas.

Suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 20 tahun kemudiannya telah melarikan beberapa barang kemas dengan menaiki dua buah motosikal.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Ernest John, telah mengesahkan kejadian samun tersebut.

“Ini adalah Kejadian samun pertama yang berlaku pada tahun ini di kawasan Sungai Siput melibatkan kedai emas.

“Tiga orang suspek telah masuk ke kedai untuk menyamun barang kemas manakala seorang lagi menunggu di luar.

“Dua daripada suspek telah memecahkan kaca dikedai itu sebelum melarikan barang kemas dan mereka kemudiannya melarikan diri dengan melawan arus trafik menuju ke Ipoh,” katanya.

Beliau telah mengarahkan anggotanya untuk melakukan ‘ops tutup’ bagi mengesan suspek, yang mana salah seorang suspek dipercayai memakai baju berwarna putih berjalur hitam di bahagian belakang.

“Premis ini tidak mempunyai pengawal keselamatan… walaubagaimanapun, pihak polis sedang mengenalpasti suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis berkenaan.

“Setakat ini, nilai kerugian masih belum dikenal pasti kerana kes masih dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan boleh menghubungi pihak saya di talian 05-5982223 dan minta disambungkan ke pejabat Ketua Polis Daerah,katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");