Berita Hari Ini

Pos Malaysia pengerusi baharu Aseanpost

POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menjadi pengerusi baharu Aseanpost yang diumumkan pada Mesyuarat Perniagaan Pos Asean ke-21 di Chiang Mai, Thailand bagi tempoh dua tahun dari 2015 hingga 2016 serta bakal mempengerusikan Mesyuarat Perniagaan Aseanpost yang akan datang ini.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pemilihan itu tepat pada masanya memandangkan Malaysia akan mempengerusikan Asean tahun depan dan Komuniti Ekonomi Asean pada akhir tahun 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, pemilihan itu mencerminkan pengiktirafan terhadap sumbangan dan kepimpinan Pos Malaysia dalam pembangunan Aseanpost.

“Dalam menghadapi cabaran semakin meningkat dalam industri Pos, ahli-ahli Aseanpost membuktikan kejituan, kecekapan dan daya inovasi mereka dengan memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan baharu untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Pos Malaysia berbesar hati dapat membantu ahli-ahli Aseanpost memperkasakan daya saing seterusnya memacu momentum ahli-ahli,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");