Perak Hari Ini

RM1.2 Juta Diperuntukan Bagi Projek Kejiranan Indah – Bomba

BATU KURAU : Sejumlah RM1.2 juta diperuntukan tahun ini melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membina 30 buah rumah mangsa bencana kebakaran dan golongan miskin terpilih.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, 27 buah rumah telah siap dan tiga lagi dijangka siap menjelang Disember dengan kos RM37,000 setiap sebuah.

Katanya ketika penyampai bantuan rumah Projek Kejiranan Indah di sini, pagi tadi.

Sementara itu, bagi penerima rumah, Norzeha Abu, kediaman barunya itu merupakan hadiah istimewa buat arwah suaminya yang meninggal dunia pada 19 Mei lalu.

Allahyarham Ahmad Isa Sabri, Pegawai bomba yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang bertugas menyiapkan projek pembinaan semula rumah terbakar di Kampung Jana Baru, Taiping.

“Saya amat bersyukur dengan bantuan yang diberikan,” katanya yang bergantung sepenuh dengan pendapatan suaminya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");