Perak Hari Ini

Pusat Perubatan Ar- Ridzuan Anjur Majlis Berkhatan Beramai-ramai 30 November

IPOH : Pusat Perubatan Ar-Ridzuan bakal menganjurkan Majlis Berkhatan beramai-ramai bersempena dengan cuti sekolah, pada 30 November.

Program dengan kerjasama Persatuan Perpaduan Bawean Kinta Perak akan berlangsung di Dewan Masjid Ghuffran di Kampung Manjoi, di sini.

Ia dijangka dirasmikan oleh Menteri Kewangan II Malaysia merangkap Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam dan Pemasaran Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Zuraida Majid, terdapat banyak aktiviti yang akan diadakan sepanjang majlis itu berlangsung.

“Program dijangka bermula seawal jam 8 pagi sehingga 1 tengahari dan aktiviti yang bakal diadakan pada hari tersebut adalah menaiki beca bersama kanak-kanak berkhatan, siraman Bomba dan juga pertandingan teka-teki,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Orang ramai yang berminat mendaftarkan anak masing-masing bagi menyertai program tersebut boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pusat Perubatan Ar-Ridzuan di talian 05 242 1111 sebelum atau pada 25 November 2014.

Pendaftaran juga boleh dilakukan dengan menghubungi Ashaari di talian 013 321 7531, Haji Somri (012 599 6283), Zuraida (017 499 1382) dan Sukree (012 509 7354).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");