Membawang Hari Ini

Krisdayanti gementar!

BAHANG kehangatan Krisdayanti Live in KL 2014 yang akan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 November 2014 bermula jam 8.30 malam, semakin dirasai.

Setelah dua sidang media diadakan, segala info dan teka-teki mengenai konsert istimewa ini telah pun terjawab.

Tidak hadir sendirian, Krisdayanti atau lebih mesra di sapa dengan panggilan KD akan membawa puteri sulungnya, Aurel untuk berduet bersamanya.

Selain itu, KD juga akan berduet bersama penyanyi terkenal, Hafiz Suip.

Menurut KD, dia kini sedang sibuk menjalani latihan di Indonesia bersama Aurel dan pemuzik bagi memastikan konsert yang berdurasi lebih kurang dua jam itu akan berjalan dengan lancar.

“Tipu jika saya katakan saya tidak gementar. Sudah lama saya impikan konsert sebesar ini dan syukur kepada Tuhan kerana menemukan saya dengan One Drop Perfumes.

“Impian saya bakal terlaksana, Insya-Allah dan kini saya sedang giat melakukan latihan,” ujarnya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Tambah KD lagi, dia teruja untuk berduet bersama dua penyanyi muda yang tentu sekali akan memberinya lebih tenaga untuk beraksi pada konsert kali ini.

“Saya beruntung kerana berpeluang berduet dengan dua penyanyi muda yang pastinya ada keistimewaan dan stamina yang luar biasa.

“Beberapa hari sebelum konsert berlangsung, saya akan turun ke Kuala Lumpur bagi menjalani latihan bersama Hafiz pula,” katanya yang akan memperagakan lebih 10 persalinan untuk konsert ini.

Konsert Krisdayanti Live in KL 2014 dianjurkan oleh One Drop Perfumes. Tiket-tiket konsert boleh didapati di www.tickercharge.com.my, dijual dengan harga RM98 (Bronze), RM188 (Silver), RM328 (Gold), RM428 (Diamond), RM528 (Platinum), RM888 (VIP) dan RM1,088 (VVIP).

Tiket-tiket juga boleh didapati di outlet Speedy Video serata Malaysia, Neway Karaoke Box, Rock Corner, Celcom Blue Cube, Victoria Music Center, KL Life Centre, Cambers Music, Loud dan Clear danPJ Live Arts.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");