Sukan Hari Ini

TBW kekal momentum

Jasin: Pasukan The Black Warrior Cycling Team (TBW) akan terus mengekalkan momentum dalam memberi saingan di Asahan.

TBW yang mempunyai dua pasukan di Kedah dan Putrajaya akan menampilkan empat pengayuh untuk membawa cabaran mereka.

Pengurus pasukan Ahmad Nizam Ismail berharap mereka mampu menyerlah dalam kategori Terbuka Metro (Jamboree) Lelaki Elit dan Lelaki Master.

“Sirkit lalu kami mengharapkan pengayuh handalan, Mohd Ismail Mohd Dahla. Bagaimanapun kali ini dia tidak dapat bersama kerana bekerja di luar daerah,” katanya.

Ahmad Nizam berkata, Ismail mempunyai rekod terbaik apabila mampu mendapat tempat ke-40 pada kejohanan di Kuala Kangsar.

Namun, walaupun tanpa Ismail, mereka tetap meneruskan usaha membaiki kedudukan masing-masing.

Beliau berkata, setakat ini mereka terus giat menjalankan latihan bagi menghadapi kejohanan yang bakal berlangsung dengan memastikan mereka berada dalam tahap kecergasan terbaik.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");