Berita Hari Ini

Prosiding memperingati Almarhum Sultan Perak

PUTRAJAYA – Prosiding memperingati Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah diadakan di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Sultan Azlan Shah, 86, yang mangkat pada 28 Mei lepas merupakan bekas Ketua Hakim Negara kelima.

Prosiding itu dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan turut berangkat menghadiri upacara itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah serta Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Prosiding itu turut dihadiri Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Prosiding itu diadakan bagi memperingati sumbangan Almarhum dalam bidang kehakiman dan perundangan.

Semasa upacara itu, Arifin, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Presiden Majlis Peguam Christopher Leong memberi penghormatan kepada Almarhum.

Sultan Nazrin Shah juga menyampaikan ucapan khas pada prosiding itu.

-Sinarharian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");