Jenayah

Tong gas klorin bocor

Taiping: Seramai 71 pekerja sebuah kilang getah Kawasan Perindustrian Kamunting, di sini, diarah keluar dari kilang berkenaan selepas satu daripada tong yang mengandungi gas klorin, mengalami kebocoran, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Perak Hasrin Hasbi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 10.34 pagi dan sebaik tiba mendapati memang berlaku kebocoran gas di kilang terbabit.

“Berlaku kebocoran gas klorin jenis UN 1017 dan anggota bomba mengarahkan semua pekerja mengosongkan kilang kerana gas terbabit boleh menyebabkan kematian dan kecederaan sekiranya terhidu, terkena kulit atau mata.

“Kebocoran membabitkan satu tong gas berkapasiti 930 kilogram dan operasi mengawal atau meneutralkan kebocoran dilakukan Unit Bahan Bahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Ipoh, dibantu Pasukan Respon Kecemasan (ERT) kilang berkenaan, anggota Balai Bomba Kamunting dan polis,” katanya yang turut berada di lokasi kejadian.

Hasrin berkata, teknik menggunakan tirai dilakukan bagi mengawal kebocoran gas daripada ditiup angin dan pasukan penyelamat kemudian bertindak mengasingkan 20 lagi tong gas bagi memastikan tiada kebocoran lain berlaku.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");