Perak Hari Ini

UMNO 2014 : Penggulungan Usul,Penutup Tirai PAU

KUALA LUMPUR: Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang berakhir hari ini bakal menyaksikan beberapa pembentangan dan perbahasan usul oleh perwakilan.

Perbahasan kali ini dijangka menyentuh mengenai usul ekonomi dan usul agama yang akan disampaikan oleh perwakilan terpilih.

Pada sebelah petang pula, penyampaian penggulungan perbahasan oleh Presiden UMNO Malaysia, Datuk seri Najib Razak dan Timbalanya,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seramai 2,752 perwakilan UMNO berhimpun sekali lagi hari ini bagi menyaksikan upacara penutup perhimpunan parti terbesar di Malaysia ini.

Bakal menyampaikan ucapan penggulungan juga iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut dijangka menyampaikan ucapan penggulungan masing-masing hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");