Berita Hari Ini

TPM Ucap Tahniah Pelajar UPSR

KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang memperoleh keputusan cemerlang hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ibu bapa dan guru yang telah berpenat lelah memastikan anak-anak melalui peperiksaan itu.

“Kepada pelajar yang merasa kecewa dan hampa kerana kurang berjaya, jangan sedih dan berputus asa. Perjalanan masih jauh dan saya berharap anak-anak semua akan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata matlamat asal diadakan UPSR adalah untuk menilai sejauh mana penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran berasaskan kandungan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

“Anak-anak yang tidak mendapat keputusan cemerlang, janganlah berputus asa kerana masih banyak lagi ujian dan peperiksaan yang mereka akan lalui sebelum menjejakkan kaki ke menara gading,” katanya.

Muhyiddin meniupkan semangat kepada pelajar dengan berkata: “Sematkan azam dan berusahalah bersungguh-sungguh. Saya percaya anak-anak semua akan memperoleh pencapaian cemerlang di masa hadapan.”

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof hari ini mengumumkan bahawa 36,304 atau 7.89 peratus daripada 460,407 calon UPSR di seluruh negara memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Pencapaian itu menunjukkan penurunan 1.26 peratus berbanding 42,646 calon pada 2013 yang mendapat semua gred A.

-sinarharian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");