Perak Hari Ini

UMNO 2014 : Aqidah, Syariat & Akhlak Elemen Perkasa UMNO

KUALA LUMPUR :Ilmu aqidah, syariat dan akhlak (ASA) merupakan elemen penting bagi pemerkasaan Melayu UMNO yang perlu bermula dari dalam diri warga UMNO itu sendiri berlandaskan Islam.

Cadangan itu diusulkan oleh Ahli Dewan Undangan negeri bahagian Manjoi (DUN) Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin bagi permekasaan parti UMNO dalam sesi perbahasan usul pendidikan hari ini dalam perhimpunan Agung UMNO 2014.

“Aqidah merupakan yang utama iaitu dengan membina kekuatan dalaman diri menerjah segala batil, menolak yang mungkar dan menjunjung kemurniaan nilai demi keredhaan Allah SWT,” katanya.

Jelasnya lagi individu yang berpegang kepada aqidah dalam konteks kehidupannya sentiasa terdorong untuk bersikap jujur dan amanah, cintakan perpaduan serta mempunyai hala tuju serta matlamat hidup.

“Syariat juga perlu dan merupakan manual dan panduan yang memelihara serta menegakkan kebenaran berpandukan Al-Quran supaya terhidar daripada perlakuan beruntukan hawa nafsu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, gadingan aqidah dan syariat berupaya membentuk individu untuk lebih fokus serta komited dalam apa jua tindakan.

Katanya lagi, tanpa berpegang kepada due elemen tersebut akan mengakibatkan perjuangan tidak terurus dan kehilangan hala tuju untuk pemerksaan Melayu.

“Akhlak juga terlahir dengan dari aqidah dan syariat yang kukuh serta berpaksikan nilai-nilaiIslam yang sejati,” katanya.

Beliau mencadangkan agar supaya ilmu aqidah, syariat dan akhlak (ASA) diperkasakan dan dimulakan pada peringkat sekolah.

” Melalui  penerapan Nilai-nilai ASA tersebut membantu jentera pentadbiran kerajaan supaya terhindar dari gejala yang dimurkai Allah,” katanya lagi.

Penyuntikan nilai ASA itu juga katanya berupaya menjadi wadah memperkasakan perjuangan UMNO selain mendapat keberkatan dari yang -Esa

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");