Jenayah

90 PATI dicekup

Seremban: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menahan 74 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi dijalankan di beberapa lokasi di daerah ini serta rumah kongsi di Sendayan, dekat sini, pagi ini, manakala 16 lagi PATI ditahan 9 Disember lalu.

Pengarahnya, Faizal Fazri Othman berkata, dalam serbuan dijalankan di sebuah rumah kongsi bagi pembinaan sekolah antarabangsa dan swasta di Sendayan, dekat sini, 74 Pati ditahan atas pelbagai kesalahan.

Katanya, operasi bermula 12 tengah malam hingga 3.45 pagi itu menyaksikan 36 warga Indonesia, 25 warga Bangladesh, sembilan Vietnam, tiga Myanmar dan seorang Pakistan ditahan kerana tidak memiliki dokumen, tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Katanya, sementara itu 16 PATI turut ditahan di premis perniagaan, tepi jalan dan hotel di daerah dalam serbuan dijalankan.

“Ia membabitkan warga Nepal, India, Myanmar dan Indonesia, ” katanya memaklumkan semua tahanan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c), Peraturan 39 (b) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1963.

Menurutnya, semua tahanan dibawa ke Depoh Tahanan Lenggeng, dekat sini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");