Berita Hari Ini

Duta US Dipanggil Beri Keterangan – Anifah Aman

KUALA LUMPUR: Duta Amerika Syarikat di Malaysia Joseph Y.Yun telah dipanggil untuk menjelaskan kenyataannya baru-baru ini mengenai keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Menurut Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman, kerajaan kesal dengan komen yang dibuat oleh Yun dalam satu portal berita pada Dis 6 bahawa AS ‘terkejut’ dengan keputusan Malaysia untuk mengekalkan Akta tersebut.

“Malaysia ingin mengingatkan semua pihak bahawa keputusan berhubung Akta Hasutan adalah kuasa mutlak kerajaan,” katanya dalam satu kenytaan media, Rabu.

Anifah turut mengingatkan AS agar menghormati hal ehwal dalaman negara ini dan menegaskan bahawa sebarang komen mengenai keputusan kerajaan berhubung Akta akan dianggap mencampuri urusan dalaman Negara.

Katanya, Akta itu tidak mengekang demokrasi di dalam Negara sebaliknya merupakan langkah pencegahan untuk mengelakkan ketegangan kaum yang akan menjejaskan kestabilan Negara.

Sebelum ini, Naib Presiden Amerika Syarikat, Joseph Biden mengkritik langkah kerajaan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan 1948 yang dikatakannya bertujuan untuk menyekat pembangkang.

Beliau bagaimanapun menyifatkan keputusan rayuan pertuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti adalah peluang utama untuk Malaysia “membetulkan keadaan serta menonjolkan keyakinan terhadap demokrasi dan kehakiman”.

Beliau membuat kenyataan itu melalui dua masukan di akaun Twitternya.

-astroawani-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");