Membawang Hari Ini

Ibarat Penyamun

KUALA LUMPUR : “Bagi saya, apa yang dia buat itu boleh diibaratkan macam si penyamun yang menyamun rumah orang tapi nak cari kesalahan mangsa yang disamun pula.”
Itu respons penyanyi dan pelakon Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 44, berhubung tindakan isterinya, Rozana Misbun membuat laporan polis petang semalam mengenai dakwaan sijil pernikahan mereka sembilan tahun lalu yang dikatakan palsu.
Awie berkata, memandangkan perbicaraan kes rumah tangganya masih berjalan dia tidak boleh mengulas lanjut mengenai tindakan terbaru wanita itu.
“Saya rasa semua orang pun dah tahu mengenai hal itu (dakwaan sijil nikah palsu) apabila ia diperkatakan di media sebelum ini. Benda itu dah jadi hal mahkamah, susah saya nak bercakap banyak.
“Pada saya biarlah mahkamah yang selesaikan. Kalau nak ceritakan sekarang pun rasanya tak elok,” katanya ketika dihubungi di sini, petang semalam.
-hmetro-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");