Sukan Hari Ini

Inter hadiahkan kemenangan pertama buat Mancini

MILAN: Roberto Mancini mencatat kemenangan pertama liga apabila memimpin Inter Milan untuk meraih kemenangan 2-0 ke atas Chievo Verona yang terpaksa bermain dengan 10 orang pada saingan Serie A Itali, awal pagi tadi.

Mateo Kovacic dan Andrea Ranocchia masing-masing menyumbatkan satu gol untuk Inter dan penjaga gawang, Samir Handanovic harus dipuji kerana mempamerkan ketangkasan menyekat beberapa percubaan berbahaya lawan.

“Kemenangan ini amat penting ketika menentang Chievo yang bermain dengan baik. Kami tidak melepaskan gol, saya berpuas hati. Ia berjalan dengan baik.

“Pemain menjadikan taktik ketika berlatih apabila bermain, ia memang bagus,” kata Mancini.

Pemain tengah Chievo, Ruben Boota yang dipinjamkan dari Inter dibuang padang pada 18 minit sebelum wisel penamat.

Inter kini naik ke tangga ke-11 hasil kemenangan pertama daripada enam perlawanan manakala Chievo yang tidak pernah kalah selepas lima perlawanan, merosot ke tangga ke-17, satu mata daripada zon penyingkiran.

Torino memintas Chievo selepas seri tanpa jaringan di Empoli bagi bersaing dalam zon penyingkiran yang menyaksikan tuan rumah menguasai perlawanan.

Inter tewas dua kali dan seri sejak Mancini menggantikan Walter Mazzarri yang dipecat pada bulan lalu. – AP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");