Berita Hari Ini

IPTA, IPTS perlu tetapkan halal tuju

BEIJING – CHINA. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia menetapkan hala tuju yang jelas dan melaksanakan usaha agresif bagi memastikan kewujudan dan pengurusan rantaian nilai yang kreatif.

Dalam hubungan ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, perlunya kerjasama yang kukuh antara institusi pengajian tinggi dan industri bagi menangani pelbagai cabaran ke arah mewujudkan persekitaran yang kondusif.

“Pertukaran ilmu akan membantu pelajar untuk mengaplikasikan secara praktikal apa yang mereka pelajari daripada buku teks di universiti. Tanpanya, pendidikan di kolej masih tidak lengkap,” kata beliau ketika merasmikan Program “Seeds for the Future” Huawei di Pusat R&D Huawei di sini, Selasa.

Beliau berkata, aspirasi untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi sebagai negara maju banyak bergantung kepada ekonomi berasaskan inovasi yang berteraskan kepada ilmu dan kreativiti tahap tinggi.

Menurutnya kerajaan Malaysia juga menggalakkan usaha gigih dilakukan untuk aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ke arah inovasi dan pengkomersilan berasaskan hasil. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");