Sukan Hari Ini

Lim ceria baiki rekod

Palembang: “Saya gembira dapat memperbaiki warna pingat apabila sekadar memenangi gangsa di Laos dua tahun lalu.

“Memang saya berazam menukar warna pingat itu dan seronok dapat melakukannya di Palembang ini,” kata atlet karate negara Lim Chee Wei (gambar) yang memenangi emas acara kata lelaki, semalam.

Chee Wei menang 4-1 ke atas atlet tuan rumah, Erlando Stevano pada perlawanan akhir di Graha Serba Guna, Jakabaring, semalam.

Atlet negara itu pernah memenangi emas acara sama di temasya Sukan Asia Incheon baru-baru ini tetapi baginya, status selaku juara Asia bukan tiket untuknya memandang rendah keupayaan lawan.

“Bukan mudah untuk menang hari ini. Saya sedikit tertekan kerana selain mahu memenuhi agenda peribadi, saya juga berazam menunaikan hasrat pasukan.

“Dalam acara sukan subjektif seperti ini, sukar untuk sesiapapun meramalkan keputusan kerana semuanya terletak di tangan pengadil.
“Itu yang menambahkan tekanan buat saya kerana kelebihan biasanya milik atlet tuan rumah,” katanya.

Sementara itu, impian Chee Wei mempertahankan emas acara kata berpasukan, lebur apabila hanya mampu meraih gangsa selepas mengalahkan Thailand 5-0.

Ternyata apa yang dibimbangi menjadi kenyataan apabila hanya dapat menjalani latihan bersama sejak lapan hari lalu gara-gara rakan sepasukannya menuntut di Johor.

Sementara itu, karate menyumbang dua lagi emas menerusi acara kumite lelaki 84 kg apabila G Theeban mengalahkan atlet tuan rumah, Yoyo Qosim manakala tempat ketiga dimenangi atlet Thailand.

Shree Sharmini melengkapkan kejayaan manis karate apabila mengatasi Vina Nur Jayanti dari Indonesia dalam kumite bawah 68 kg wanita dengan gangsa dimenangi atlet Thailand.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");