Sukan Hari Ini

Liverpool tawar Gerrard kontrak baharu – Rodgers

LONDON: Kapten Liverpool, Steven Gerrard ditawarkan kontrak baharu oleh kelab Inggeris itu, umum pengurus pasukan, Brendan Rodgers.

“Pertamanya apa yang terkini daripada kelab ini ialah Steven Gerrard dan wakilnya sudah diberikan tawaran kontrak baharu di sini dan ketika ini itu saja,” kata Rodgers ketika sidang media menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang kelab tercorot, Leicester, awal pagi ini.

“Ia tentu sekali tidak berkaitan wang. Saya sudah banyak kali bercakap dengannya secara panjang lebar dan ia tidak akan menjadi isu.

“Di antara sekarang dan penamat musim ini adalah dia berhak memperoleh peluang untuk berfikir,” kata jurulatih kelahiran Ireland itu.

Bekas pemain tengah England, Gerrard, 34 sudah menghabiskan masa selama 16 tahun dalam karier profesionalnya bersama kelab di tempat kelahirannya, Liverpool.

Begitupun pada Oktober lepas, dia menyuarakan kemungkinan akan meninggalkan Anfield sekiranya tidak ditawarkan kontrak baharu.

“Saya tidak akan bersara pada musim panas ini,” kata Gerrard yang kontrak terkininya tamat pada Mei depan. “Saya akan bermain selepas musim ini berakhir.

“Kita perlu tunggu dan lihat adakah ia di Liverpool ataupun di tempat lain. Ia adalah keputusan Liverpool,” katanya.

Pada perlawanan liga Sabtu lepas, Gerrard yang menyambut ulang tahun ke-16 bersama Liverpool begitupun bermula di bangku simpanan ketika The Reds mencatat kemenangan 1-0 ke atas Stoke.

Begitupun, Rodgers menegaskan keputusan untuk merehatkan Gerrard di bangku simpanan adalah kerana tidak realistik kaptennya itu bermain dalam setiap perlawanan. – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");