Sukan Hari Ini

Liverpool tawar Real RM250j pancing Karim Benzema

LONDON: ‘Krisis penyerang’ memaksa Liverpool mencari peledak baharu dan terkini dalam senarai adalah bintang Real Madrid, Karim Benzema untuk jendela perpindahan, Januari ini.

Pengurus pasukan, Rodgers teruja mahu membangkitkan situasi ini bulan depan dengan laporan dari Sepanyol menyebut dia mahu membuat bidaan STG50 juta (RM250 juta) mendapatkan Benzema.

Tanpa penyerang utama, Daniel Strurridge yang masih tercedera sejak 31 Ogos lalu, Liverpool belum ada penggempur yang bijak membolosi gawang lawan, termasuk

Mario Balotelli, Rickie Lambert dan Fabio Borini.

Cuma Raheem Sterling menampung sedikit kekosongan itu dengan ancaman berbahaya ketika tewas kepada Manchester United, minggu lalu dan menang ke atas Bournemouth, kelmarin.

Benzema yang kuat dikaitkan akan meninggalkan Real dalam tempoh beberapa minggu lalu, juga menjadi bahan buruan Arsenal.

Pengurus Real, Carlo Ancelotti difahamkan mahu mendapatkan tabungan untuk membeli bintang Manchester City, Sergio Aguero dan pemain Borussia Dortmund, Marco Reus.

Jika ada bidaan baik dia sedia lepaskan Benzema. – BBC Sport/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");