Perak Hari Ini

Malim Ghozali Sasterawan Perak Darul Ridzuan

Oleh Norsadrina Ismail

PANGKOR : “Saya rasa gembira dan bersyukur kerana dalam usia lanjut begini anugerah ini menjadi rangsangan kepada saya untuk terus berkarya.”

Demikian ulasan penerima anugerah Malim Ghozali PK Mohamed Ghazali Abdul Rashid yang dinobatkan sebagai Sasterawan Perak Darul Ridzuan ketiga dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.00 dan watikah daripada kerajaan negeri.

Katanya lagi ketika usianya yang sudah mencecah 65 tahun anuegerah ini seperti rangsangan dan motivasi kepada saya untuk terus berkarya dari semasa ke semasa walaupun keadaan kesihatannya belum begitu pulih sepenuhnya.

“Masih terdapat kerja-kerja yang belum selesai dan perlu saya lakukan ,” katanya.

Beliau biarpun sedang bertarung dengan penyakit kanser tahap empat yanv dialaminya tetap terus membantu dan mengembangkan seni puisi rakyat sehingga kini.

Malim Ghozali PK dilahirkan di Malim Nawar Perak pada tahun 1949 dan sepanjang penglibatannya dalam dunia sastera, beliau telah menulis cerpen, novel (Rendang, Janji Pramaribo) dan antologi puisi (Gemaruang).

Antologi ini memuatkan 20 buah cerpennya dari tahun 1984 hingga 1990.

Pak Malim selaku pengarah program “Puisi dan Lagu Rakyat Nusantara ke Persada Dunia”PULARA turut berpendapat bahawa penganjuran kali ke lima ini berjaya menarik lebih ramai pengiat sasterawan dari seluruh pelusuk negeri dan negara.

“PULARA 5 menambah dua segmen baharu iaitu ucap tama seni dan tayangan filem,” katanya.

PULARA berlangsung pada 11 Disember sehingga 14 Disember di Pulau Pangkor dan kali ini juga menampilkan penglibatan anak-anak muda didalam Ekspedisi Promosi Pulara 5, tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");