Perak Hari Ini

Pulara Martabatkan Seni Lagu Rakyat

PANGKOR :”Puisi dan Lagu Rakyat Nusantara ke Persada Dunia” atau lebih sinonim dengan singkatan PULARA kali ke-5 penganjurannya kembali mengorak langkah memartabatkan seni lagu rakyat  dan puisi yang penuh dengan keunikan tersendiri.

PULARA menjadi acara terunggul di Perak, turut memfokuskan masyarakat era modenisasi akan peranan seni dalam memantapkan perpaduan kaum selain mempromosikan Pulau Pangkor sebagai hab pelancongan.

Hadiah sastera Darul Ridzuan IV merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada penulis Perak kerana sumbangan yang diberikan dalam bidang pengembangan bahasa dan sastera.

Majlis kemuncak PULARA kali ke 5 ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Jelasnya, Persiapan PULARA kali ini ternyata semakin mantap dan baik yang berjaya menarik lebih ramai sasterawan dan penonton.

“Pada kali ini PULARA turut menyediakan makanan tradisional yang menjadi kegemaran masyarakat Pangkor dan ianya antara beberapa penambahbaikan yang dilakukan kali ini,”katanya.

Beliau turut berharap penyertaan daripada luar negara akan terus mendapat tempat memeriahkan PULARA.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan & Kebudayaan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi dan barisan Exco Perak.

Malim Ghozali PK atau dinobatkan sebagai Sasterawan Perak Darul Ridzuan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.00 dan watikah penghormatan daripada Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Zabidin Ismail dianugerahkan Pejuang Sastera Perak Darul Ridzuan membawa pulang RM10,000.00 serta watikah manakala anugerah karyawan sepanjang Hayat diberikan kepada Datuk Mohd Mansor Abdullah membawa pulang Rm5,000 beserta watikah.

Ketiga-tiga anugerah ini diberikan kepada individu penulis berasakan pencalonan daripada badan-badan penulis berdaftar atau institusi atau orang perseorangan yang berwibawa dalam bidang penulisan.

Bagi anugerah hadiah sastera Darul Ridzuan IV 2014 antaranya seperti kategori kumpulan puisi  yang dimenangi oleh Ariff Mohammad melalui karya “Titik ke Titik,Hujan”, kumpulan cerpen dimenangi oleh Mohd Hafezin Khadiri dengan karya “kuda-kuda Lembah Patagonia” dan bagi kategori novel remaja dimenangi oleh Hafizah Iszahanid dengan karya berjudul “Deru Angin”.

Pelbagai  aktiviti seni turut dijalankan seperti muzik jalanan, lukisan, karikatur, seni ukiran tangan dan buat pertama kalinya PULARA turut menerima penyertaan negara luar seperti Iran, Perancis dan Rusia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");