Sukan Hari Ini

Mata, De Gea bantu United tewaskan Stoke 2-1

MANCHESTER: Marouane Fellaini dan Juan Mata meledak bagi membantu kemenangan Manchester United ke atas Stoke City 2-1 di Old Trafford awal pagi tadi, sekali gus merakam rekod kemenangan keempat berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.

Pasukan pelawat yang dikendalikan oleh bekas bintang United, Mark Hughes menyamakan kedudukan menerusi Steven Nzonzi, namun tendangan percuma Mata pada separuh masa kedua membolehkan skuad Louis van Gaal memungut tiga mata penuh.

United terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Fellaini pada minit ke-59.

Stoke bagaimanapun mempunyai dua peluang terbaik pada masa kecederaan untuk namun gagal membolosi gawang United menerusi tendangan percuma Bojan Krkic dan tandukan, Mame Biram Diouf yang pantas diselamatkan David de Gea.

Kemenangan itu mengukuhkan lagi kedudukan United di tempat keempat liga dengan beza satu mata di belakang Southampton di tempat kedua ada dua mata daripada jirannya, Manchester City di tempat kedua. – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");