Jenayah

Maut tercampak dari kereta

Kota Kinabalu: Seorang pelajar yang bekerja sambilan di pasar raya terbunuh apabila tercampak dari kereta yang dinaiki bersama empat rakan dalam kemalangan di Jalan Tuaran Lama di sini, semalam.

Dalam kejadian 12.15 tengah malam itu, mangsa Levisto Yu’usuf, 15, dari Kampung Mantanau, Kota Belud yang duduk di tempat duduk belakang kiri meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pemandu kereta Roland Shero Malik, 20; serta tiga penumpang lain iaitu Alvin Mathew, 20; Riba Jiul, 22; dan Jekrison Manuel, 21, turut cedera.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta itu dari Inanam menghala Tuaran sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan bergesel dengan motosikal yang berada di kiri jalan.

“Akibat kejadian itu, motosikal tercampak ke kiri jalan manakala kereta itu berpusing ke kiri jalan lalu merempuh tembok konkrit menyebabkan seorang penumpang belakang tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Penunggang motosikal Mohd Syafiq Ruslan dari Kampung Tengah Bongawan, Papar turut cedera parah.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Chandra berkata, punca kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");