Sukan Hari Ini

Inter terus malang

Milan: Roberto Mancini mengalami kekalahan kedua berturut-turut sebagai pengendali Inter Milan apabila tewas 1-2 kepada Udinese menyebabkan skuad kendaliannya merudum ke tangga ke-12 Serie A, awal pagi semalam.

Seminggu selepas kekalahan 2-4 di tempat lawan kepada AS Roma, Inter menyambut kehadiran bekas pengendali, Andrea Stramaccioni ke San Siro buat kali pertama sejak dipecat hujung musim lalu.

Udinese yang mahu menamatkan lima perlawanan tanpa kemenangan dan Stramaccioni, 38, mendapat pujian selepas persembahan tersusun dan penuh keazaman oleh kelab dari utara itu.

Namun jurulatih Udinese itu mengakui Inter masih dekat di hatinya apabila berkata: “Sesetengah perkara anda tidak akan mampu lupakan. Ia lebih baik dengan menewaskan Milan.”

Mauro Icardi memberikan Inter jaringan pendahuluan di hujung babak pertama. Namun Bruno Fernandes menyamakan kedudukan ketika perlawanan memasuki tempoh sejam dengan pemain Perancis, Cyril Thereau yang menggantikan Antonio Di Natale pada minit ke-64 menjaringkan gol kemenangan Udinese tujuh minit kemudian.

Inter yang memecat Walter Mazzarri bulan lalu, kini masih gagal menang dalam lima perlawanan terakhir dan Mancini yang mengambil alih sebelum seri 1-1 menentang seteru setempat AC Milan, menjelaskan pemainnya kurang fokus pada babak kedua.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");