Jenayah

Mayat Berulat Terkunci Dalam Kereta

TAPAH:Kegusaran sebuah keluarga terhadap kehilangan salah seorang ahli keluarganya seminggu lalu terjawab apabila ditemui mati dalam sebuah kereta di ladang sawit Kampung Bermin, Batu 3, Jalan Pahang, lewat petang, kelmarin.

Mayat Lee Kuai Wah, 41, dari Tapah, ditemui sekumpulan Orang Asli yang melalui kawasan itu dalam keadaan berulat di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kenari kira-kira jam 6.10 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam yang menjumpai satu mayat yang terkunci dalam kereta di sebuah ladang sawit kira-kira 200 meter dari jalan besar.

Menurutnya, dengan bantuan pihak Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Tapah, pintu kereta berkenaan berjaya dibuka bagi mengeluarkan mayat tersebut.

“Siasatan awal mendapati kematian Kuai Wah tidak melibatkan unsur jenayah.

“Kuai Wah bekerja sebagai pengimpal di sebuah bengkel dekat sini dan mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Som Sak berkata, siasatan terhadap keluarga lelaki itu, mereka menyatakan Kuai Wah menghidap penyakit kanser hidung.

Katanya, Kuai Wah yang masih belum berkahwin disyaki tidak pulang ke rumah sejak tujuh hari lalu dan tiada laporan polis dibuat.

“Kami mengesyaki Kuai Wah telah meninggal dunia sejak tujuh hari lalu dan mayatnya sudah dituntut keluarga bagi tujuan pengkebumian.

“Sebab kematian adalah undermined cause dan kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");