Berita Hari Ini

Terjejas Akibat Banjir Kilat

IPOH : Penduduk Taman Chemor Perdana turut mengalami nasib sama seperti lima kawasan di sekitar Chemor dan Manjoi yang terjejas akibat banjir kilat sejak Isnin lalu.

Seorang penduduk, Rohana Abu Hassan, 40, berkata, mereka terpaksa meredah air yang naik hingga paras kira-kira 0.5 meter setiap kali hujan lebat.

Menurutnya, rumahnya antara teruk terjejas kerana bersebelahan kebun kelapa sawit di hujung taman tersebut.

“Sepanjang setahun tinggal di sini, air pasti naik setiap kali hujan lebat memandangkan air dari kolam di atas kebun kelapa sawit itu melimpah ke kawasan perumahan ini.

“Masalah ini disebabkan sistem perparitan tidak sempurna. Kawasan perumahan ini tiada parit dan longkang besar untuk alirkan air yang melimpah ke sini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi taman, Abdul Jalil Idris berkata, kira-kira 90 keluarga terpaksa berdepan dengan masalah banjir kilat sejak taman perumahan itu dibuka.

“Kami sudah kemuka surat memohon longkang aliran air hujan kepada pihak berwajib supaya masalah itu dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata, selain masalah banjir kilat, penduduk terutamanya yang tinggal di Chemor Perdana 1 turut bimbang berlaku tanah runtuh.

“Cerun di kawasan itu terhakis setiap kali hujan lebat malah penduduk yang tinggal di Kampung Tersusun Tanah Hitam terpaksa pindah kerana bimbang rumah mereka runtuh akibat hakisan tanah.

“Kami harap pihak berkaitan tampil menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");