Sukan Hari Ini

‘Misi belum berakhir’

Kuala Lumpur: Jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek tetap yakin Malaysia mampu mampu mara ke separuh akhir Piala Axiata 2014 walaupun tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Indonesia dan Thailand.

Menurutnya, berdasarkan aksi dipamerkan pemain selepas lima perlawanan, skuad negara boleh dikategorikan sederhana, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lemah.

“Mereka kini berada di pertengahan, apapun sasaran utama adalah mara ke separuh akhir terlebih dulu,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Jelasnya, walaupun sudah kalah dua perlawanan, harapan mara ke separuh akhir memang ada dengan syarat pemain terus fokus baki perlawanan.

“Pemain harus mendapatkan sebanyak mata yang boleh. Berdasarkan apa yang saya tengok, setiap hari akan ada perlawanan dan pemain perlu bertukar.

“Justeru, dalam baki dua perlawanan kita perlu melakukan percaturan terbaik,” katanya.

Sementara itu, Rashid juga senang hati melihat kes doping Datuk Lee Chong Wei semakin berakhir dan menuju perbicaraan kerana baik buat pemain badminton nombor satu dunia itu.

“Jika kes ini dapat diselesaikan segera dia boleh buat persediaan untuk tahun depan,” katanya.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");