Sukan Hari Ini

Nicol rangkul Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014 kali kelapan

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol David melabuhkan tirai musim 2014 dengan bergaya selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014 menewaskan peserta tuan rumah Mesir, Raneem El Weleily, semalam.

Ia merupakan kemenangan kelapan buat pemain skuasy wanita nombor satu dunia itu, menjulang gelaran mahkota dunia pada usia 30 tahun.

Kejohanan itu yang berlangsung di Wadi Degla Club di Kaherah, Mesir, menyaksikan Nicol terpaksa berhempas pulas selama 66 minit dalam pertarungan yang berlarutan sehingga lima set.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini tewas kepada Raneem dalam set pertama 5-11, tetapi berjaya menyamakan kedudukan pada set berikutnya, 11-8.

Pada set ketiga, Nicol banyak melakukan kesilapan, membolehkan Raneem menundukkannya pada set ketiga, 7-11.

Set keempat adalah titik perubahan bagi Nicol selepas pemain nombor tiga dunia, Raneem berjaya mengawal permainan dan mengatasi Nicol pada kedudukan 10-6. Nicol kembali tenang dan mengawal permainan dengan baik untuk menyamakan kedudukan apabila menewaskan Raneem 14-12 dan mara ke set penentuan.

Pada set kelima, Nicol terus mengutip mata mendahului lawan dan menamatkan perlawanan dengan selesa, 11-5.

“Saya menanam azam, saya mahu memenangi mata terakhir. Saya terus mengulanginya: ia belum berakhir sehingga ia berakhir.

“Raneem juga bermain dengan baik, saya hanya perlu mencari kekuatan dalam diri saya…saya tidak berputus asa dan terus berjuang,” kata Nicol seperti yang dipetik dalam laman web www.squashsite.co.uk. — BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");