Perak Hari Ini

Pusat Pemindahan Banjir Kekal Perlu Dibina – Azhar Jamaluddin

IPOH: Pusat pemindahan banjir yang kekal perlu dibina bagi menggantikan kaedah lama iaitu pusat pemindahan sementara yang seringkali menggunakan sekolah mahupun dewan orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Changkat Jong, Mohd Azhar Jamaluddin mencadangkan demikian kerana kaedah itu tidak wajar berlaku lagi di zaman ini dan pusat pemindahan yang berbentuk kekal perlu diwujudkan.

“Bantuan dan keperluan mangsa banjir perlu lebih  tersusun dan teratur dengan tempat tidur yang lebih selesa dilengkapi dengan kemudahan yang sempurna,” katanya.

Jelasnya lagi sehingga hari ini apabila bencana yang melibatkan jumlah mangsa yang ramai bantuan yang diberikan kurang memuaskan.

“Jika ada pusat pemindahan banjir kekal boleh digunakan oleh masyarakat untuk bencana yang lain juga seperti kebakaran rumah,” katanya.

Tambahnya lagi, kemudahan tersebut boleh digunakan untuk penganjuran program untuk memberi peluang kegunaan lain.

“Pihak berkuasa yang menyediakan bantuan boleh ditempatkan dikawasan tersebut dengan mangsa,” katanya. 

“Belanjakan sedikit peruntukan yang dapat menyelesaikan banyak pekara bagi membinakan pusat pemidahan bagi semua bencana,” katanya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");