Perak Hari Ini

Tanah Rizab Melayu (TRW) Dikawal Selia Baik Oleh Kerajaan negeri

IPOH: Peningkatan terhadap Tanah Rizab Melayu (TRM) sebanyak 230,000 hektar dalam tempoh lima tahun pemerintahan yang diterajui oleh kerajaan negeri kini terbukti terdapat usaha untuk melindunginya.

Menurut Ahli dewan Undang Negeri Changkat Jong, Mohd Azhar Jamaluddin berkata terdapat usaha yang berterusan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengekal rizab Melayu dari semasa ke semasa.

“Kehilangan TRM boleh berlaku jika wujud ketirisan dan pengawai yang tidak mengikuti syarat dan undang-undang dan berlaku ketiadaan gantian balik,” katanya.

Negeri Perak katanya, sehingga hari ini menunjukkan telah menunjukkan peningkatan yang memberansangkan.

Beliau turut mengesa kerajaan negeri supaya mempertingkatkan hasil bukan cukai untuk melalui pembangunan bersepadu seperti pusat perniagaan, bandar baru dan bandar perindustrian.

“Apabila aktiviti pembangunan dijalankan di setiap daerah ianya akan melonjakkan hasil negeri sekaligus kerajaan beroleh hasil baru bukan cukai dan cukai juga dapat diperolehi,” katanya.

Tambahnya lagi, kitaran ekonomi di kawasan tersebut dapat membantu perkembangan ekonomi supaya meningkat lantas peluang pekerjaan dapat diwujudkan.

“Setiap kawasan kebanyakan tidak semua ada tempat strategik, inginkan pembangunan tidak ada tanah kerajaan nak bangunkan di kawasan berdekatan bandar kitaran yang bersesuaian,” katanya.

Kerajaan Negeri juga katanya perlu mempertimbangkan untuk menyediakan dana khusus  bagi pembangunan tersebut berdasarkan merit pemohonan.

“Kerajaan negeri perlu lebih bertegas mengenai tanah pajakan yang sudah habis tempoh, dengan bertindak mengambil sebahagian tersebut berdasarkan kepada keperluannya,” katanya.

Jelasnya lagi, keperluan terhadap tanah tersebut perlu berikutan kebanyakan rakyat masih tidak memiliki tapak rumah, estet dan syarikat besar supaya kerajaan negeri mengambil sekurangnya 30 peratus daripada tanah tersebut.

“Tanah tersebut seharusnya dijadikan kampung tersusun, rumah kos rendah dan memberi lot tanah ini untuk keperluan rakyat,” katanya lagi.

Menurut rekod PTG kedudukan Tanah Rezab Melayu (TRM) sehingga 31 Oktober 2014 seluas 2,258,498.29 ekar atau 913,981.83 hektar.

Manakala pada 31 Disember 2008, TRM mencatatkan sekitar 685,000.00 hektar meningkat kepada 914,000.00 hektar perbezaan meningkat sebanyak 230,000 hektar dalam tempoh 5 tahun pemerintahan yang diterajui oleh Kerajaan Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");