Sukan Hari Ini

Piala AFF: Tengku Abdullah ingatkan pemain Harimau Malaya jauhi perlakuan negatif

KUANTAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, mengingatkan pemain Harimau Malaya supaya menjauhi segala perkara negatif dalam berdepan dengan Vietnam pada perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki.

Merujuk insiden penyebaran sebuah gambar penyerang kebangsaan, Safee Sali yang sedang merokok, beliau berkata pemain harus lebih disiplin dalam dan luar padang untuk membolehkan mereka lebih bersedia dalam perlawanan itu.

“Jangan merokok kalau nak fit (cergas), kena tidur awal, fikir positif dan makan (makanan) baik. Macam mana hendak jadi juara kalau merokok.

“Saya harap jurulatih pasukan, Dollah Salleh fokus dan tingkatkan permainan dalam padang…jangan buat perkara negatif,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat persediaan banjir di sini, sebentar tadi.

Semalam, FAM memberi amaran keras kepada Safee berhubung kes memegang rokok ketika `lepak minum’ bersama rakan sepasukannya di Kota Singa yang tersebar luas di media sosial, baru-baru ini.

Biarpun dihimpit kontroversi berkenaan, Safee berjaya menutup mulut pengkritik dan membuktikannya di atas padang apabila berjaya menamatkan kemarau jaringan selama setahun setengah bersama skuad Harimau Malaya dengan ledakan pada minit ke-60 pada aksi di Stadium Nasional, Kallang itu.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");