Perak Hari Ini

Restoran Berhadapan AEON Kamunting Terbakar

TAIPING: Sebuah restoran musnah dalam satu kebakaran di sini, awal pagi tadi.

Bangunan dua tingkat itu yang terletak berhadapan pusat membeli-belah AEON Kamunting terbakar hampir 50 peratus.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 3.57 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Operasi yang diketuai PPgB Mohd Taufiq Abd Sattar itu mengambil masa hampir dua jam untuk memadam api yang marak secara sepenuhnya dengan bantuan daripada BBP Taiping.

Kerja-kerja pemadaman dan operasi tamat pada jam 5.23 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");