Membawang Hari Ini

Avenged Sevenfold terus berbisa!

BIARPUN kali kedua beraksi di Malaysia, namun sambutan konsert Avenged Sevenfold atau lebih dikenali dengan A7X, Jumaat lalu masih tidak mengecewakan.

Konsert yang dijalankan di Surf Beach, Sunway Lagoon telah dibanjiri lebih 5,000 peminat fanatiknya dan membuktikan kemunculan A7X masih lagi dinanti-nantikan.

Seperti yang dijangkakan, bukan sahaja penyanyi utamanya, M Shadows tampil dengan vokal yang mantap, malah anggota lain iaitu Zacky Vengeance, Synyster Gates dan Johnny Christ tidak terkecuali memberikan persembahan yang penuh bertenaga.

Konsert yang bermula pada 9 malam, Jumaat lalu menyaksikan kumpulan yang berasal dari California, Amerika Syarikat ini membuka tirai konsert dengan mempersembahkan lagu Critical Acclaim yang dipetik daripada album ke empat mereka.

Bagaikan histeria, itulah yang boleh digambarkan suasana ketika anggota kumpulan ini muncul di pentas.

Gembira dengan sambutan yang tidak menghampakan, Shadows sempat berkongsi perasaan terujanya kembali beraksi di hadapan peminat di negara ini.

Walaupun konsert siri jelajah ini bersempena promosi album terbaharunya, Hail To The King, A7X tidak menghampakan peminatnya dengan menyampaikan lagu-lagu hit mereka seperti Seize The Day, Nightmare, Chapter 4 dan Little Pieces Of Heaven sebagai persembahan penutup mereka.

Selain penulis sendiri, rata-rata peminat yang hadir ke konsert ini ternyata sangat puas hati dengan persembahan yang diberikan kumpulan ini.

Selain Kuala Lumpur, A7X bakal mengadakan persembahan di Jakarta, Hong Kong, Taipei, Bangkok dan Singapura.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");