Jenayah

Marwan Dipercayai Terbunuh Dalam Pertempuran Senjata

KUALA LUMPUR: Adakah pengganas yang paling dikehendaki di Asia Tenggara, Zulkifli Abdul Hir telah meninggal dunia?

Pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengesahkan laporan mengenai Zulkifli, yang turut dikenali sebagai Marwan, 48, telah ditawan dan terbunuh dalam satu pertempuran senjata antara pasukan keselamatan Filipina dan pejuang Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di selatan Filipina pada Ahad.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menawarkan AS$5 juta (RM18 juta) kepada sesiapa yang dapat membawa kepada penangkapan Marwan.

Dia dipercayai terlibat dalam beberapa serangan pengganas dan letupan bom di Mindanao melibatkan Jemaah Islamiyah (JI) membantu kumpulan Abu Sayyaf.

Pada November lalu, Marwan yang merupakan pakar bom mengetuai JI yang dikaitkan dengan al-Qaeda dan beberapa pemimpin Pergerakan Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF), yang berjuang kepada pembentukan sistem khalifah baharu di Iraq dan Syria oleh kumpulan militan Negara Islam (IS).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau telah menghubungi rakan sejawatnya di Filipina untuk mengesahkan laporan berhubung kematian Marwan.

“Kita sedang menunggu pengesahan. Masih terlalu awal untuk menentukan apa-apa pada masa ini,” katanya pada Isnin.

Beberapa sumber mendedahkan berita mengenai kematian Marwan telah menyebabkan kesibukan agensi perisikan.

Laporan media dari Filipina menunjukkan Marwan dan seorang pengganas warga Filipina mungkin terbunuh bersama lebih 30 komando polis dalam satu pertempuran antara pasukan keselamatan Filipina dan tentera MILF.

Sekiranya benar, kematiannya akan memberi tamparan hebat kepada rangkaian keganasan di rantau ini.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");