Perak Hari Ini

Banjir: Seramai 400 Sukarelawan Daripada Pelbagai Agensi Sertai Program Pembersihan di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR : Seramai lebih 400 orang daripada pelbagai agensi telah menyertai misi membersihkan kawasan banjir di sekitar Dewan Orang Ramai Kampung Lembah Kuala Kangsar.

Program tersebut melibatkan pelbagai agensi antaranya Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), BOMBA, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Kangsar, RELA, Jabatan Perhutanan Perak, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak, Muhammad Aszahari Abdul Rahman, program tersebut dianjurkan bagi membersihkan kawasan yang menjadi daya tarikan pelancongan di negeri.

PERAKTODAY6

 

“Pada hari ini kita daripada pelbagai agensi kerajaan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan sisa-sisa daripada banjir yang berlaku di daerah Kuala Kangsar yang melanda baru-baru ini.

“Antara kawasan yang terlibat dalam program hari ini adalah di kawasan Dewan Serbaguna, padang futsal dan Sekolah Agama Rakyat yang turut terjejas dengan banjir.

“Selain itu, kita juga membersihkan sekitar kawasan ini kerana ia merupakan kawasan pelancongan di Kuala Kangsar dan kita hendak memastikan keadaan disini kembali seperti biasa supaya ianya kelihatan lebih cantik serta lebih bersih serta dapat menarik lebih ramai  pelancong ke tempat ini,” katanya.

PERAKTODAY9

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program tersebut di Dewan Orang Ramai Kampung Sayong Lembah dekat Kuala Kangsar hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Mohamed Kamil Shafie.

Katanya lagi, program gotong-royong berkenaan dapat menunjukkan semangat sukarelawan yang ada dalam diri masyarakat untuk membantu dalam proses pasca banjir.

“Kalau kita lihat di negeri Perak ini sebenarnya tidak seteruk negeri lain seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, namun semangat kerjasama membersihkan kawasan kampung sememangnya ada.

“Ini juga menunjukkan bahawa semangat sukarelawan yang ada dalam diri masyarakat Malaysia ini sangat tinggi dan bersedia membantu pada bila-bila masa,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, katanya lagi, selain daripada bantuan pembersihan, Jabatan Penerangan turut memberikan bantuan berbentuk sumbangan kepada mangsa banjir yang terlibat dalam bencana itu.

“Kita telah menerima sumbangan daripada Negeri Johor dan semua sumbangan tersebut akan kita agih-agihkan secara sama rata kepada semua mangsa banjir di negeri ini.

“Kita juga akan meneruskan misi bantuan ini ke seluruh kawasan lain yang memerlukan bantuan daripada pihak kami,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");