Perak Hari Ini

Kepimpinan Ketua Polis Perak baharu Diharap Mampu Terus Tangani Jenayah

IPOH : Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh mengadakan kunjungan rasmi ke Pejabat Menteri Besar Perak hari ini bagi membincangkan aspek keselamatan dan keamanan negeri Perak.

Pertemuan yang berlangsung di pejabat rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sekitar jam 10 pagi tadi yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Puhat Mat Nayan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, pengalaman yang dimiliki oleh Datuk Osman diharapkan mampu berkongsi sedikit sebanyak pengalaman tersebut secara bersama.

“Perbincangan kali ini adalah mengenai keselamatan negeri dan kepentingan kepada aspek keselamatan dan keamanan digalas bersama,” katanya.

Jelasnya lagi, diharapkan kepimpinan ketua Polis yang baharu ini berupaya memimpin kontijen Perak menjadi pasukan yang efektif dan disegani serta memberikan penekanan kepada aspek pembanterasan jenayah.

PERAK TODAY 2 (1)

“Aspek pembanterasan jenayah menjadi aspek utama oleh Kerajaan Negeri dan daripada setakat hari ini adalah terkawal dan diharapkan pendekatan daripada segi target mengurangkan peratusan dapat dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambahnya lagi, penjelasan yang diberikan sebentar tadi menunjukkan trend kadar jenayah telah mulai turun dan faktor keselesaan  rakyat mengenai keselamatan mendiami negeri ini perlu diberi keutamaan.

“Angka sahaja tidak dapat memberikan satu jawapan yang jelas, namun aspek keselamatan adalah paling penting iatu memastikan keselesaan rakyat untuk tinggal di Malaysia,” katanya.’

Datuk Osman Salleh telah mengambil alih tugas yang dipangku Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam pada 23 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh, 58, merupakan ketua polis Perak ke-27, menggantikan tempat Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman dengan pangkat Pesuruhjaya Polis.

Beliau yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, mempunyai kelulusan dalam bidang Sarjana Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia dan menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 39 tahun lepas.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");