Jenayah

Banjir tak halang seludup

Tumpat: Cuaca yang masih tidak menentu di samping fasa pasca banjir yang belum lagi berakhir, bukan halangan untuk segelintir pihak terus melakukan kegiatan penyeludupan terutama barangan yang mendapat permintaan tinggi.

Kelmarin, 2,767 helai tudung pelbagai jenis yang bernilai hampir RM125,000 dikesan cuba dibawa masuk secara haram dari seberang, menerusi pangkalan haram Derdap, Kuala Jambu, di sini.

Bagaimanapun, semua tudung berkenaan tidak sempat didagangkan selepas kegiatan itu dihidu sepasukan Unit Risikan Marin (URM) yang melakukan serbuan kira-kira jam 9.30 malam.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superitendan Mohd Nawi Yunus berkata, serbuan dibuat hasil risikan dan intipan dilakukan sebelum itu.

“Ketika intipan dibuat, anggota kami mengesan sebuah bot enjin galah dari Thailand merapati tebing pangkalan berkenaan.

“Anggota URM segera memperkenalkan diri sebaik melihat beberapa individu sedang mengangkat sesuatu ke atas tebing, namun semua mereka melarikan diri menaiki bot berkenaan ke seberang.

“Pemeriksaan dibuat menemui sembilan bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandungi tudung yang dipercayai diseludup untuk pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Nawi berkata, tidak menolak semua tudung berkenaan untuk dijual di sini berikutan permintaan tinggi selepas banjir.

Katanya, semua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut.

“Ini adalah rampasan pertama yang berjaya dijalankan oleh PPM untuk tahun ini,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");