Sukan Hari Ini

Cambridge tak sabar jumpa Red Devils

KELAB divisyen empat, Cambridge United akan menanti kunjungan juara 11 kali, Manchester United pada pusingan empat trofi berprestij Inggeris itu.

Perlawanan menentang Cambridge juga merupakan kali kedua berturut-turut United bertemu lawan jauh lebih rendah selepas kelab bimbingan Louis Van Gaal itu menewaskan pembunuh gergasi, Yeovil Town, 2-0 di pusingan tiga.

Mengulas pertembungan menentang United, pengendali Cambridge United, Richard Money berkata, ia perlawanan amat dinantikan.

“Ia adalah ganjaran buat semua orang yang bekerja keras untuk kelab ini. Semua orang banyak menderita ketika kami semua sembilan tahun di luar liga, namun ramai yang bekerja keras dan kami gembira dengan jadual seperti ini,” katanya.

Sementara itu, penyandang juara, Arsenal akan berkunjung ke kelab Liga Kejuaraan, Brighton & Hove Albion dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea akan berdepan sama ada kelab Liga Kejuaraan, Millwall atau Bradford City.

Juara Inggeris, Manchester City pula akan beraksi di laman sendiri Etihad menentang kelab Liga Kejuaraan, Middlesbrough dan Birmingham City akan melayani kunjungan West Bromwich Albion pada pertembungan tetangga Midlands.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");