Jenayah

Dibelasah bekas suami

Kota Bharu: “Secara tiba-tiba dia meluru dan menghentak kepala saya dengan topi keledar,” kata seorang suri rumah mahu dikenali sebagai Faridah yang dipukul bekas suami di Kampung Chicha Menyabung, di sini, kelmarin.

Akibat tindakan lelaki berusia 35 tahun itu, Faridah patah tangan kanan dan menerima rawatan di sebuah hospital, di sini.

Faridah, 24, mendakwa dia ke rumah mentuanya di kampung berkenaan jam 5.15 petang untuk mencari anak sulungnya yang berusia lapan tahun selepas kanak-kanak itu tiada di sekolah ketika mahu menjemputnya pulang.

“Malangnya, bekas suami keluar dan meluru ke arah saya sambil membawa topi keledar. Dia menghentak kuat kepala menyebabkan saya terjatuh dan tangan kanan patah,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Faridah membuat laporan di Balai Polis Daerah Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan itu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");